Tak salah.. Kalau kita rasa takut dengan perkara yang orang fikir ia tak menakutkan.. Tak salah.. Kalau ada orang lagi tabah, pandai, jujur, ikhlas & sabar dari kita.. Tak salah.. Kalau sekali sekala kita rasa teringin sangat menitiskan airmata kesedihan, kerinduan, kegembiraan & kekesalan.. Tak salah.. Kalau sekiranya kita perlu masa untuk berfikir, berangan, berwawasan & berubah.. Tak salah.. Kalau orang tak lagi percaya, sayang, kasihi & membelai kita dengan kemanjaan.. Tak salah.. Kalau kita ingin terus menyimpan perasaan gembira atas kehadiran, kewujudan & keikhlasan orang yang pernah kita janji untuk terus hidup hingga akhir hayat walaupun kini orang itu sudah tiada.. Tak salah.. Kalau kita ingin terus hidup tanpa mereka. Terus hidup setelah kita sedar kesilapan yang telah kita lakukan.. Tak salah.. Kalau tiada orang yang mampu memahami diri kita yang penuh dengan komplikasi.. Kerana.. Cukup bagi kita untuk mengetahui.. DIA FAHAM.. DIA SENTIASA ADA.. DIA AKAN MENDUKUNG KITA BILA KITA TAK MAMPU BERDIRI.. Dan bagi saya, DIA tidak pernah.. Walau sesaat dalam hidupku ini meninggalkan saya sendirian.. Tak salah.. Jangan risau, Dia faham.. Dan DIA sentiasa ada..
0 Responses to “Tak salah.. Jangan risau, Dia faham..”
Leave a Reply